COKELAT HITAM BOLEH CEGAH KANSER?~NazieyarVitamin





   Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog sekalian,malam ni saya nak share sesuatu dengan anda.Pastikan anda baca ni sampai habis tau dan jangan lupa share.

   Kalau cakap saja pasal cokelat hitam saja mesti terbayangkan kolesterol tinggi,kegemukan,diebetes dan berat badan.Bukan? Nah....memang cokelat hitam sinonim dengan masalah kesihatan seperti diatas tapi tahukah anda cokelat hitam juga mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan?

Bagaimanakah? 

Antara manfaatnya termasuklah:


#Meningkatkan fungsi otak

Cokelat hitam mengandungi kafein dalam jumlah yang sedikit.Kandungan kafein dalam cokelat untuk 2 ons cokelat bersamaan dengan 27 gram kafein berbanding 200 gram untuk sesudu teh kopi.Jadi,setiap kali anda makan cokelat hitam,ianya mampu mengistimulasikan otak anda tanpa anda rasa sakit kepala.
2.Melindungi kulit
Kajian terbaru di Jerman mendapati flavanoid dalam coklat hitam mampu melindungi kulit dari sinar UV dan membantu melancarkan kelancaran peredaran darah ke kulit.Selalu makan cokelat nanti kulit anda akan lambat alami penuaan.Awet mudalah katakan.




#Meningkatkan fungsi hati

Cokelat hitam membantu merangsang pengeluaran membantu merangsang pengeluaran endorfin dalam otak yang membantu mengawal fungsi hati.Cokelat hitam juga mengandungi serotonin yang bertinndak sebagai antidepresi.Jadi,setiap kali anda rasa stress,bolehlah makan cokelat hitam.Insyallah,kuranglah sikit stres tu.


#Meningkatkan imun tubuh

 Setiap kali anda makan cokelat hitam,ianya dapat menghasilakn bakteria baik.Ini mampu melawan bakteria jahat dalam usus yang menyebabkan keradangan,kembung perut,diare dan sembelit.




#Mengurangkan risiko penyakit jantung

Menurut kajian,cokelat hitam mampu menurunkan kolesterol jahat(LDL) dan meningkatkan kolesterol baik(HDL).Bagi anda yang anda alami masalah jantung,bolehlah makan cokelat hitam ni selalu.





#Menurunkan tekanan darah 

Kajian oleh beberapa buah Universiti di Amerika mendapati cokelat hitam mampu melancarkan peredaran dan menurunkan tekanan darah.Tindakbalas bioaktif dalam cokelat hitam dapat membantu menurunkan tekanan darah secara drastik.Para penghidap strok sangat disyorkan untuk makan cokelat hitam.





#Kaya dengan Vitamin & Mineral

Cokelat hitam kaya dengan kandungan mineral penting sodium,kalsium,magnesium,zat besi dan merkuri.Mineral-mineral ini sangat penting untuk perkembangan otak dan pertumbuhan sel tubuh anda.Cokelat hitam juga mengandungi Vitamin C yang membantu mempertingkat sistem imun tubuh dan kecantikan kulit anda.



Dan untuk manfaat yang paling last sekali dalam list ni ialah cokelat hitam mampu #mencegah kanser.Flavanoid dalam cokelat hitam berupaya mengurangkan kerosakan DNA.Kerosakan DNA dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.
Makan sebanyak 1.5 ons coklat hitam sehari dapat mengurangkan kerosakan DNA dalam sel anda.

Apa pandangan anda terhadap coklat hitam sekarang?Ya...memang cokelat hitam mengandungi manfaat yang banyak untuk tubuh badan kita tapi pengambilan cokelat hitam yang berlebihan memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda kerana kebanyakan cokelat hitam di pasaran sekarang mengandungi pemanis tiruan dan gula yang berlebihan yang mengganggu kesan yang baik coklat hitam pada tubuh anda.Jadi,berpada-padalah makan coklat ni ye.