7 JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU MERAWAT KENCING MANIS~NazieyarVitamin

  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian,rasa seronok sangat pagi ni sebab buat pertama kalinya dalam hidup saya menulis entri pada waktu pagi selepas solat subuh. 

  Suasana segar bugar nyaman untuk memulakan rutin harian pagi ni.Yahooo....sambil meneguk Teh Tarik kurang manis dengan beberapa keping roti untuk memberi tenaga yang mencukupi.Teh Tarik ni sengaja dikurangkan manisnya baik untuk elak diebetes.

  By the way,adakah anda salah seorang penghidap diebetes?Jom baca entri ni sampai habis...

Penyakit diebetes sama seperti masalah gout,penghidapnya sangat sensitif dalam soal pemakanan.Banyak benda yang tak boleh makan.Ini tak leh,yang tu takleh.

  Tapi tahukah anda beberapa jenis makanan yang baik untuk penghidap diebetes?Para pakar kesihatan juga sangat menggalakkan pengambilannya dalam diet pemakanan seharian.

  Antaranya termasuklah:



Cokelat Hitam

Image result for black chocolate
Foto credit: nuts.com


Cokelat mengandungi flavanoid yang dapat meningkatkan sensitiviti insulin,mengurangkan rintangan pengeluaran insulin,mempercepatkan pengolahan glukosa dalam darah dan membantu 
mengurangkan selera makan anda (sangat sesuai untuk mereka yang ingin kurus).Flavanoid dalam cokelat mampu mengurangkan risiko kanser,mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung.

\



Blueberry
Image result for blueberry
Foto credit: medicalnewstoday.com

Blueberry mengandungi serat yang dapat menghilangkan lemak dan mengawal paras gula dalam darah.
Sebuah kajian yang dijalankan oleh American Diabetes Association (ADA) mendapati individu yang minum 2 setengah gelas jus blueberry setiap hari konsisten selama 12 minggu,dapat mengurangkan paras gula dalam darah,mengurangkan tekanan dan mampu menguatkan daya ingatan.Jadi,lepas ni makan blueberri setiap makan tengahari ye.





Bayam/Sayuran Hijau
Related image

Foto credit;guitarticles.com


Sayuran hijau kaya dengan Vitamin K serta mineral magnesium,folat,fosfor dan potassium.
Menurut kajian di England menunjukkan bahawa mereka yang makan bayam setiap hari mengalami penurunan risiko diebetes sehingga 11%.Kacxang panjang,kobis,kangkung senang je nak cari kat pasar tani.Pergi beli suruh bini masak.




Minyak Zaitun(Olive oil)
Image result for minyak zaitun images images


Foto credit: alodoktor.com

American Diabetes Association menyarankan para penghidap diebetes agar mengambil minyak zaitun dalam diet seharian berbanding lemak dari mentega,marjerin dan lemak babi.Minyak zaitun mengandungi antioksidan yang tinggi yang dapat melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas,serta mencegah dari penyakit jantung.
Salah satu kajian di Sepanyol yang diterbitkan di jurnal “Diabetes Care” mendapati pengambilan minyak zaitun dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko diabetes sehingga 50% .Selain mencegah masalah insulin,ianya mampu mengawal lemak perut dan mampu menurunkan adiponektin.




Ubi Jalar
Image result for ubi jalar images
Foto credit: virusbiru.com

Ubi jalar mengandungi antosionin yang merupakan pigmen semulajadi yang menjadikannya berwarna jingga gelap.Pigmen in juga merupakan antioksidan yang bermanfaat sebagai zat anti-radang,anti-virus dan anti-mikroba.Ubi jalar memiliki paras glukosa yang lebih rendah berbanding kentang.
Menurut kajian,ubi jalar mampu mengurangkan HbA1c sebanyak 0.3% hingga 0.57% dan meningkatkan kadar pemprosesan glukosa darah sebanyak 10 hingga 15 poin.




Kacang Walnut
Image result for kacang walnut images
Foto credit:artikel.co

Kacang Walnut mengandungi asid lemak tak tepu yang dipanggil alfa-linolenat yang dapat menurunkan keradangan.Kacang Walnut mengandungi serat,L-arginin,Omega-3 dan Vitamin E, yang bertindak sebagai anti-oksidan,mencegah kanser,anti-bakteria dan mampu menurunkan kolesterol tinggi.
Menurut kajian dari Universiti Yale,Australia menunjukkan individu yang makan kacang Walnut  sebanyak 56 gram sehari berterusan selama 8 minggu dapat memperbaiki fungsi pembuluh darah akibat diabetes.Haaa.....bagi korang yang suka makan makanan ringan boleh gantikan dengan kacang walnut.Sambil-sambil menonton TV bolehlah hadam kacang ni.



Kayu Manis

Related image

Foto credit: kayu-manis.com

Kayu manis kaya dengan kromiumm,mineral yang membantu mengoptimumkan fungsi insulin.Kayu manis juga mengandungi polifenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas dan mampu merawat dan mencegah keradangan.Orang kita dah biasa masak mesti ada kayu manis ni.

Salah satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal “Diabetes Care” penderita diabetes yang mengambil 1 gram kayu manis setiap hari bertenaga dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 30% berbanding penderita diabetes yang tidak mengambil kayu manis.