6 Fakta tentang Fibroid yang anda harus tahu~NazieyarVitamin


Ramai dari kalangan wanita yang selalu mengalami rasa tidak selesa dengan keadaan tubuh badan mereka sendiri.Ada yang sakit di belakang badan mereka,ada yang sakit pada kawasan paha,pinggang,punggung dan macam-macam lagi.


Adakah anda juga anda mengalami keadaan yang sama?Hati-hati mungkin anda alami masalah fibroid!

Image result for fibroid images



6 fakta tentang fibroid yang anda harus tahu.

1.Menurut kajian,40% dari jumlah wanita di Malaysia,mengalami ketumbuhan fibroid.


2.Risiko anda untuk mengalami fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mengalami fibroid.


3.Fibroid tidak pernah dialami oleh golongan kanak-kanak yang belum mencapai puberti dan golongan yang telah mencapai tahap menopause.Ini disebabkan pengeluaran Estrogen masih belum dihasilkan pada tahap puberti dan pengeluaran berkurang pada tahap menopause.


4.Fibroid membesar sangat cepat semasa hamil.Ini kerana penghasilan hormon estrogen sangat banyak oleh uri.

5.80% wanita penghidap fibroid tidak mengalami sebarang tanda-tanda.



6.Fibroid boleh menyebabkan anaemia,senggugut,darah haid yang yang banyak dan pembedahan buang rahim(Histereksomi).