Dalam rutin seharian kita,ada kalanya kita sedar yang kita sedang alami masalah kesihatan dan tahu macamana nak atasinya.Namun,kita tidak pula tahu apa yang menjadi punca penyakit itu timbul? dan adakah cara pencegahan yang terbaik dilakukan untuk mengelakkan penyakit yang sama timbul?
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan resdung tapi disini saya cuma tekankan 10 yang menjadi penyebab utama masalah resdung.
Antaranya termasuklah:
1.Virus
- Resdung boleh berlaku kepada individu disebabkan oleh jangkitan virus pada rongga sinus.Selalunya,kebanyakannya bermula daripada virus selesema yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak.Ini menyebabkan rongga hidung menjadi sempit dan tersumbat.Kesannya,kotoran dan kuman tidak dapat disingkirkan.
2.Polip hidung
- Polip hidung adalah ketumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu pada sinus.
- Ketumbuhan ini akan menyebabkan saluran sinus tersumbat lalu menghalang mukus untuk keluar.Ini menghalangkan laluan udara beroksigen ke otak dan menyebabkan sakit kepala.
3.Alahan
- Ada yang boleh menyebabkan wujudnya pembengkakan pada bahagian muka dan hidung.Pembengkakan pada rongga hidung akan menyebabkannya tersumbat dan kuman pada sinus tidak dapat disingkirkan.
- Ada sesetengah penghidap resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang,sotong dan sebagainya.Ada juga individu yang alahan terhadap benda lain seperti debu,bulu kucing,ubat-ubatan dan banyak lagi.Setiap penghidap resdung mengalami punca yang berbeza.Jadi,sekiranya anda tahu punca anda alahan maka senanglah nak elakkan resdung.klik [cara-cara mengawal resdung]
4.Mandi di dalam kolam renang yang berklorin.
- Klorin yang terdapat dalam air kolam boleh merengsakan lapisan dalam rongga hidung dan dinding sinus.
5.Merokok
- Asap rokok yang disedut boleh menyebabkan sisa asap terkumpul pada dinding sinus uang menyebabkan pembengkakan dan saluran hidung tersumbat.Asap rokok boleh merengsakan hidung dan menyebabkan keradangan.Para doktor kesihatan menasihatkan kepada para perokok agar berhenti merokok segera.
6.Kekurangan Air
- Pakar kesihatan menyarankan kepada para penghidap resdung agar minum air kosong sekurang-kurangnya 3 L setiap hari untuk mengawal kelembapan semulajai didalam rongga hidung.
7.Struktur Hidung
- Menurut kajian,saluran yang sempit ,tumor dan lelangit yang terbuka menutup bukaan di dalam rongga sinus.Mukus yang mengandungi bakteria tidak dapat disingkirkan seterusnya menyebabkan resdung.
- Pembedahan adalah satu-satunya penyelesaian untuk atasi resdung.
8.Udara kering
- Suhu yang panas persekitaran akan menyebabkan udara menjadi kurang lembap.Ini menyebabkan mukus semakin kurang pekat dan menjadikan saluran sinus semakin sempit.Kesannya,udara beroksigen susah nak masuk .
9.Jangkitan kulat
- kulat yang menyebabkan resdung ialah 'Aspergillus' muncul akibat hasil tindakbalas alahan terhadap kulat.
- Kulat boleh hidup membesar dalam rongga hidung yang lembap dan rongga sinus.
10.Udara tercemar
- Menghirup dara yang kurang bersih boleh mengakibatkan batuk,ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan seterusnya meningkatkan risiko resdung.